Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menawarkan harga berpatutan bagi rakyat Malaysia memiliki rumah ketika harga rumah sedang meningkat.

Pengurus Besar Azlan Md Alifiah berkata, ia sebahagian usaha menumpukan kepada pembangunan pembandaran di negeri itu bagi memenuhi permintaan dan perubahan gaya hidup masyarakat.

Jelasnya, hartanah di Lembah Klang akan menjadi sangat mahal kerana peningkatan kos tanah selain melihat perbandingan, projek subbandar lebih murah dari segi kos tanah dan rakyat berpeluang membeli rumah lebih besar, rumah di atas tanah sekali gus menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.