Pujian dan penghargaan juga harus diberi kepada individu yang bertanggungjawab membawa 20 jenazah dan bekas abu mayat mangsa tragedi MH17
Penerbangan pesawat khas MH6219 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol, Amsterdam dan selamat tiba di Kuala Lumpur selepas 11 jam penerbangan.
Pesawat Boeing 747-F dikendalikan tiga juruterbang iaitu Datuk Kapten Misman Leham, Kapten Bakri Othman dan Kapten Zaim Khalid sera dibantu pegawai penerbangan Yap Yoon Kong.