Adakah anda seorang yang gemar berselfie di media sosial? Jika ya, berapa jumlah selfie yang telah dikongsikan? Ini kerana pemilik akaun Instagram Mortao Maotor yang merupakan seorang wanita warga Thailand setakat ini telah memuat naik lebih 12 ribu foto selfie di platform media sosial itu.

Purata selfie yang dikongsikan melalui akaun Instagram Mortao Maotor adalah 200 foto setiap minggu. Walaupun sering dikecam dengan komen negatif orang ramai, wanita ini tetap membalasnya dengan kata-kata sopan.

Setakat ini akaun Mortao Maotor telah mempunyai lebih 21 ribu penggikut dan siapa sangka wanita ini seorang ibu berusia 41 tahun?