Bekas anggota Exco kerajaan Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rodziah Ismail mendakwa kenyataan dalam satu artikel Malaysia Gazette bertarikh 18 Ogos 2014 berunsur fitnah dan sengaja dibuat untuk mengaibkannya.
Sehubungan itu, dia yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Rodziah meletak jawatan sebagai Exco kerajaan negeri Selangor Khamis lalu selepas lima anggota Exco kerajaan negeri itu daripada PKR dan DAP dipecat oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana tidak menyokongnya.