Rusia terus mengundang kemarahan masyarakat dunia terutama komuniti Eropah apabila negara itu didakwa terus memberi bantuan kepada kumpulan pemisah di timur Ukraine.

Terbaru negara itu menghantar lebih 100 lori membawa bantuan ubatan yang mana ia dilihat mampu mengeruhkan lagi ketegangan konflik yang tercetus. 

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada masa sama menyifatkan tindakan Rusi
a mencabul kedaulatan Ukraine dan usaha rundingan damai perlu dicapai segera.