Peserta daripada Amerika Syarikat, Sabrina Pinion dinobatkan sebagai juara Mrs Universe 2014. Bagi Pinion, untuk menjadi seorang ratu cantik, seseorang itu perlu menjadi diri sendiri dan meletakkan pakej, personaliti dan jiwa pada tempat yang terbaik.

Menurut penganjur Mrs Universe 2014, Carol Lee yang juga merupakan Mrs Universe 2013, pemilihan Pinion sebagai juara adalah tepat kerana dia mempunyai pakej dan peribadi yang baik selain melihat Pinion sebagai seorang wanita yang tabah dan bercita-cita tinggi. Dia berkata demikian pada sidang media Mrs Universe 2014 yang diadakan di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya pada Jumaat. 

Tempat kedua disandang perserta daripada Mexico, Yezenia Navarro, Tempat ketiga pula daripada peserta United Kingdom, Robyn Morrison. Peserta daripada Rusia, Ekaterina Plotko berada di tempat keempat, manakala peserta daripada Korea Selatan Lee Aeja berada di tempat kelima.