Kejayaan Nik Nazmi Nik Ahmad menewaskan pencabarnya Amiruddin Shari dalam pemilihan Ketua Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) seakan tidak direstui rata-rata perwakilan yang hadir pada Kongres AMK ke-10.

Separuh daripada perwakilan yang hadir kelihatan meninggalkan dewan apabila Nik Nazmi diumumkan sebagai pemenang dengan memperoleh 4,509 undi berbanding Amiruddin, 4,259.

Nik Nazmi dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua AMK bagaimanapun berjanji akan memberi sepenuh tenaga bagi merealisasikan dasar yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.