Malaysia Airline hari ini memuat naik iklan terbarunya menerusi akaun rasmi Youtube Malaysia Airline.

Kisah Malaysia yang bertajuk TERBANG menjadi tema utama iklan kali ini yang mengisahkan seorang cucu yang mahu belajar membuat wau bulan kerana bercita-cita untuk terbang tinggi.

Mesej yang mendalam menerusi iklan ini membawa penekanan kepada hubungan kasih sayang, perpaduan serta kisah merdeka seorang anak muda yang merindukan atuknya. Terus Cekal dan Terbang Tinggi.