Orang ramai dan penumpang yang menggunakan KLIA dan klia2 dinasihatkan untuk memastikan mereka tiba tepat mengikut waktu dijadualkan di lapangan terbang itu pada hari istiadat penghormatan penerimaan jenazah MH17, Jumaat ini.

MAHB dalam satu kenyataan berkata, istiadat yang akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya KLIA itu dijadual bermula kira-kira 6 pagi dan berakhir kira-kira 1 tengah hari dan membabitkan jalan-jalan utama menghala ke dan dari KLIA dan klia2.

Jelas kenyataan itu, orang ramai juga dinasihatkan tidak meletakkan kenderaan di sepanjang jalan utama masuk dan keluar KLIA dan klia2 bagi memastikan trafik berjalan lancar bagi istiadat berkenaan.