SETENGAH JUTA pemandu di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) akan menikmati tol percuma sempena sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.



Hal ini disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Konsensi Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Sazally Saidi dalam satu kenyataan kepada media pada Selasa. Kesemua pengguna boleh menikmati tol percuma ini sepanjang tempoh 24 jam pada tarikh berkenaan.

Tambahnya, potongan diskaun sebanyak 20 sen diberikan kepada semua pengguna Lebuh Raya Sprint pada hari sama untuk semua kenderaan.