Datuk Siti Nurhaliza hari ini melancarkan video klip terbaru single Jaga Dia Untukku melalui laman Youtube Rumpun Muzik.




Klip video yang memaparkan seorang penunggang motosikal ditimpa kemalangan dan akhirnya terbaring kerana kecederaan sangat mengimbas memori saat suaminya kemalangan. Tidak kurang dengan itu, lagu tersebut didedikasikan khas buat ahli keluarga penumpang tragedi pesawat MH17.

Bagi Siti, beliau seakan merasai pengalaman yang dialami ahli keluarga mangsa dan perasaan itu dikongsinya melalui single ini. Pelancaran video muzik terbaru itu dibuat sempena Majlis Pelancaran Album Fragmen yang diadakan di Kuala Lumpur.