Wan Azizah yakin PR mampu rampas Sarawak



Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin Pakatan Rakyat (PR) mampu menewaskan Parti Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak jika strategi yang digunakan dirancang dengan teliti. Keyakinan itu ditambah dengan keputusan undi popular 41% kepada PR sebelum ini walau hanya memperoleh 15 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Justeru, Wan Azizah menggesa semua pihak dalam PR berganding bahu dan membentuk persefahaman demi perubahan kepada rakyat. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden Kongres Nasional Keadilan ke-10 di Stadium Malawati Shah Alam pada Sabtu.

PRN Sarawak pada 2011 yang lalu, PR hanya memenangi 15 daripada 71 kerusi DUN dengan 12 kerusi daripadanya dimenangi DAP manakala 3 yang lain dimenangi PKR.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com