Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-57, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) cuba mencipta rekod mengambil 500 gambar selfie dalam masa sejam sekali gus mengatasi rekod lama Canada pada Julai lepas sebanyak 421 selfie.

Orang ramai dijemput untuk menyertai program berkenaan yang akan berlangsung pada Ahad, 31 Ogos, 2014 bermula pukul 3 petang sehingga 5 petang di Perkampungan Sains dan Teknologi, Halaman Tunku Abdul Rahman, Jalan TAR, bersebelahan Teater Colliseum, Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Diyana Yang di talian 013-83191714.