37 maut serangan berani mati di Iraq

37 mati dalam serangan pengebom berani mati di Iraq. Pengebom berani mati berkenaan dilaporkan membawa bahan api melalui sebuah kenderaan meletupkan sebuah kawasan pembinaan yang digunakan oleh askar dan juga polis tempatan.

Memetik laporan Reuters, kejadian yang dilaporkan seorang pegawai perubatan dan 2 orang polis itu menunjukkan 22 orang pegawai keselamatan serta 15 orang awam maut di tempat kejadian yang terletak di tengah bandar Ramadi barat wilayah Anbar.

Bandar Ramadi dan Falluhah menjadi lokasi pertempuran antara pihak keselamatan dan juga ekstrimis negara Islam sejak Januari lalu.



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com