Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Prof Dr Azmi Sharom yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan disabitkan dengan pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan hari ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menghasut berhubung krisis perlembagaan Perak 2009, 15 Ogos lalu dan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Dr. Azmi yang juga Presiden Persatuan Kakitangan Universiti Malaya (PKAUM) dikatakan melakukan kesalahan tersebut di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 15 Ogos turut didakwa dengan satu lagi dakwaan kerana menerbitkan kenyataan menghasut mengikut Seksyen 4 (1) (c), akta sama.

Dr. Azmi didakwa kerana artikel bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak, selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu), dilaporkan sebuah portal berita pada 14 Ogos lalu diwakili peguam Gobind Singh Deo dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan akan dipanggil semula 3 Oktober depan untuk sebutan semula kes.