Azmin Ali Menteri Besar Selangor yang baru??

Kemelut politik Selangor terus menjadi bahan bualan ramai di media sosial mahupun di kedai-kedai kopi. Semestinya ramai yang tak sabar menantikan siapa yang akan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.




Justeru itu, hari ini desas desus pengganti Khalid Ibrahim dijangka akan berakhir esok apabila Sultan Selangor akan melantik Menteri Besarnya yang baharu.

Namun, dari kumpulan Whatsapp kini sudah berlegar tentang surat perlantikan yang menjemput Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa akan menggantikan tempatnya. Sama-sama kita nantikan keputusan rasmi esok.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com