Haziq yang terkenal dengan nyanyian kagu asli semasa menjadi pelajar Akademi Fantasia suatu masa dulu berkongsikan berita sedih yang perlu dihadapi beliau dan keluarga.

Ayahandanya Rosebi Ibrahim dilaporkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sekitar jam 12:30. Ayahandanya menjadi antara insan penting yang menyokong karier Haziq dalam industri muzik.
 

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Bukit Piatu, Melaka. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.