Konsert kedua Akademi Fantasia 2014 terus trending di media sosial hari ini selepas peminat tanpa henti memberikan komen mereka melalui garis masa di platform utama media sosial.

Terbaru, Wawa menjadi mangsa pertama tersingkir dari program realiti yang menjadikan penonton sebagai juri.

Namun demikian, Wawa tetap diingati biarpun yang pertama keluar. Menurut cikgu Linda Jasmine, kerepek Wawa sedap dan bakal menjadi produk penting untuk meneruskan legasi Wawa dalam industri hiburan tanah air.