BN umum calon PRK Pengkalan Kubor 10 September



Teka-teki siapa akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan diumum pada 10 September ini di Tumpat.

Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sudah memaklumkan padanya, UMNO Kelantan sedang memperhalusi beberapa nama yang difikirkan sesuai terutama daripada barisan kepimpinan yang ada di negeri itu.

Tegasnya, BN juga akan mengambil kira pandangan pengundi di situ bagi memastikan calon yang dipilih khususnya di Tumpat sendiri adalah yang paling sesuai dan layak.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com