Pengkaji Kesihatan Awam, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Zaleha Md Isa menegaskan, cabaran Baldi Ais yang kini menjadi ikutan ramai boleh mendatangkan risiko kepada mereka yang menghidap tekanan darah tinggi.

Tegasnya, kajian menunjukkan mereka yang mempunyai darah tinggi boleh mendapat risiko ekoran menyimbah ais ke badan mereka selain perubahan suhu badan secara mendadak akibat perbuatan ini boleh meningkatkan tekanan darah dan menjadi lebih teruk.

Jelasnya, aktiviti sebegini perlu dielakkan bagi golongan tersebut.