Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti menegaskan bahawa penjaga gol yang juga ketua pasukan Sepanyol, Iker Casillas tetap menjadi pilihan pertamanya untuk mengemudi benteng Los Blancos musim ini tersebut tanpa sebarang pertimbangan lain.

Walaupun mendapatkan khidmat penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas dari Levante yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam kempen Piala Dunia di Brazil untuk memberi saingan kepada Casillas, namun pemain tersebut hanya memanaskan bangku simpanan sejak tiba di Madrid.

Musim lepas, Casillas hanya diturunkan untuk perlawanan merebut Piala - Liga Juara-Juara dan Piala Raja Sepanyol - manakala Diego Lopez yang telah dijual kepada AC Milan musim ini mengisi slot untuk perlawanan La Liga.