CEO Celcom nafi bakal terajui Malaysia Airlines MAS

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom Axiata Bhd, Datuk Seri Shazalli Ramly dilaporkan akan menerajui MAS ternyata menjadi khabar angin yang terus bertiup dan beliau hari ini menafikan perkara itu.


Laporan yang dikeluarkan sebuah portal berita itu turut mendedahkan nama CEO Celcom itu bakal menggantikan CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya. Namun demikian Shazalli menyifatkan, beliau akan kekal berada di Celcom untuk lima tahun akan datang bagi mengukuhkan syarikat berkenaan.

Selain Shazalli,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Ketua Axiata Group milik Khazanah, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim turut dikatakan akan menjadi calon menduduki jawatan penting itu.Khazanah yang kini mengambilalih syarikat penerbangan tersebut kini sedang mencari nakhoda baru bagi menerajui syarikat penerbangan utama Malaysia.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com