Sebelum ini beberapa persoalan timbul di platform utama media sosial samada benar Angkatan Tentera Malaysia berlatih dengan Askar Amerika Syarikat di sabah?

Persoalan kian hangat selepas beberapa pengguna media sosial turut berkongsikan foto askar AS di lapangan terbang sekitar Tawau malah ada yang mula risau dengan penyebaran foto terbabit.

Terbaru, melalui laman Facebook milik Magictawau Aliff, beliau menyifatkan foto yang dikongsinya telah mengesahkan laporan berkaitan latihan tentera Malaysia dengan Amerika Syarikat di sekitar Pantai Kg Tanduo Lahad Datu, Sabah.