Hanya anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang mempunyai rekod bersih dan bebas daripada kesalahan jenayah, nama mereka akan diserahkan kepada kerajaan negeri.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, polis akan melakukan saringan terhadap semua anggota PPS dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang didapati terlibat jenayah.

Katanya, semua persatuan atau badan-badan bukan kerajaan berkaitan dalam soal keselamatan perlu tahu bahawa soal keselamatan termaktub dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan (anggota keselamatan).