Lagenda Nessie yang dikatakan sebagai seekor raksasa yg hidup di Tasik Loch Ness, Scotland kini kembali diperkatakan.




Ini berikutan sekeping foto yang dikongsikan pelancong yang berada di sana menyifatkan foto yang didapatinya ketika melawat di tasik tersebut membawa bukti baru kepada lagenda Nessie yg diperkatakan ramai.

Jurugambar yang tidak mahu dirinya dikenali itu menyifatkan objek yang keluar dari tasik dari jarak 300 kaki darinya pada awal dijangkakan seekor angsa. Akan tetapi saiznya yang besar mengakibatkan dia sendiri sangsi malah meletakkan kameranya dalam mod automatik sepanjang menemui pergerakan objek di tasik tersebut.