Jentera BN perlu bertungkus lumus bagi memastikan BN mengekalkan kerusi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan.

Setiausaha BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sehubungan itu, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN)diingatkan tidak menjadikan  sebagai destinasi pelancongan politik.

Tegasnya, jentera pergi ke sana untuk kerja dan tidak mahu ada sebarang unsur pelancongan politik.