Kempen #MansuhAktaHasutan yang akan dilancarkan Khamis ini merupakan kali pertama diadakan bagi menuntut Kerajaan mengotakan janji untuk memansuhkan Akta Hasutan, kata Pengerusi Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan,
Syahredzan Johan.

Jelasnya, kempen selama satu tahun untuk memberi penerangan mengenai pemansuhan Akta Hasutan 1948 selain usaha menuntut Perdana Menteri, DAtuk Seri Najib Tun Razak supaya mengotakan janji untuk memansuhkan Akta Hasutan.

Antara penceramah pada hari pelancaan kempen ialah, Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, Bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pergerakan Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah.