Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 (Kertas 1 dan 2) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) didapati turut bocor dan murid perlu mendudukinya semula pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata perkara itu disahkan pada 11 pagi tadi selepas kementerian menerima maklumat malam tadi yang disebarkan melalui media sosial.

Beliau berkata kementerian memohon maaf atas insiden kedua itu selepas soalan mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan hari ini bocor dan terpaksa ditangguhkan ke 30 Sept.Kita akan pastikan mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan yang sekeras-kerasnya kerana kita melihat integriti telah dipersoalkan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.