Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan rahsia kejayaan parti itu selama 20 tahun memerintah Kelantan adalah kerana pandai berjimat cermat dalam perbelanjaan.

Ujarnya, pemimpin PAS tidak terlibat dengan rasuah, tidak terlibat dengan salah laku dan tidak terlibat dengan macam-macam lagi selain mendakwa hanya parti itu yang memperjuangkan agama Islam di negara ini yang tidak memisahkan antara agama dan politik.

Beliau berkata itulah rahsia pimpinan PAS di Kelantan yang menurutnya tidak berani menyalahgunakan wang kerana bimbangkan dosa dan pahala.