Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selamat tiba di sini, semalam bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Pesawat khas yang membawa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Westchester County di sini pukul 7.30 pagi semalam (waktu Malaysia).


Mereka disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Wakil Tetap Malaysia di PBB, Datuk Hussein Haniff.

Dalam lawatan kerja ke New York selama lapan hari itu, Najib dijadual menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung PBB di ibu pejabatnya di sini pada 26 September ini.