Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelancaran laman web rasmi peribadinya najibrazak.com pada laman Twitter dan Instagramnya hari ini. 

Pengumuman itu juga turut ditulis pada paparan laman web lamanya 1malaysia.com.my selain pautan URL baru peribadinya yang berkongsi tentang kisah kehidupan peribadi dan perjalanan aktiviti beliau sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini, laman web rasmi peribadinya diberi nama 1malaysia.com.my dan nama URL itu menjadi pertikaian orang ramai kerana ianya tidak bersifat peribadi tetapi lebih kepada umum.