PR1MA rancang 'rumah ibu' untuk golongan kurang kemampuan



Pengerusi Perbadanan Pr1ma Malaysia (PR1MA), Tan Sri Jamaludin Jarjis berkata, 'Rumah ibu' yang akan dibina  pada tahun depan dilihat akan membantu golongan berpendapatan rendah dan golongan muda memiliki rumah dengan sebuah bilik, tetapi mempunyai infrastruktur dan sistem perpaipan untuk rumah tiga bilik.

Jelasnya, dengan keadaan ekonomi dan pendapatan isi rumah yang bertambah baik, pemilik boleh menambah jumlah bilik dan saiz rumah berdasarkan keluasan 1,000 kaki yang diperuntukkan kelak.

Katanya, rumah ibu yang berkonsepkan rumah studio dengan keluasan 650 kaki persegi tersebut diinspirasikan daripada gaya pembinaan rumah zaman dahulu yang hanya mempunyai sebuah bilik.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com