KAWASAN Rehat dan Rawat (R&R) Ulu Bernam serta hentian sebelah di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara untuk kerja penyelenggaraan. Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini berkata, R&R Ulu Bernam arah selatan di Kilometer 398.80 akan ditutup pada Selasa (23 September) mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Sementara itu, Hentian Sebelah Juru (arah selatan) di Kilometer 141.80 pula ditutup pada 22 September (Isnin) mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Sehubungan itu, semua gerai, kiosk dan kemudahan lain akan ditutup kepada orang ramai sepanjang kerja penyelenggaraan berkenaan dijalankan kecuali stesen minyak.