Macam-macam alat membantu kita untuk berselfie sekarang dengan yang terbaharu, produk yang dikenali sebagai 'selfie brush' diperkenal bagi membantu golongan yang suka berselfie untuk lebih mudah melakukan hobi mereka itu.

Selain daripada sikat rambut, produk tersebut dihadirkan sekali bersama tempat meletak telefon pintar (setakat ini untuk penggunaan iPhone 5 dan 5S sahaja).

Menurut pengeluar berus ini, selfie brush digunakan untuk merapikan rambut sebelum mengambil gambar selfie. selain produk ini hadir dengan tiga warna iaitu merah jambu, hitam dan ungu dengan harga RM61.