Manchester United berjaya mengikat penyerang sensasi Colombia, Radamel Falcao untuk menyertai mereka secara pinjaman selama semusim dari AS Monaco.

Difahamkan United akan membayar Monaco lebih £10 juta sebagai yuran bagi mendapatkan pemain berusia 28 tahun itu, selain perjanjian yang memperuntukkan gaji mingguan sekitar £30,000.

Falcao merupakan pembelian keenam yang dibuat pengurus United, Louis van Gaal pada jendela perpindahan musim panas ini selepas Luke Shaw, Ander Herrera, Marcos Rojo, Angel Di Maria dan Daley Blind.