Kambing tandoori angkasa yang pertama

Satu hidangan tandoori kambing yang dimasak di salah sebuah restoran Punjabi yang terletak timur London melakar sejarah baru sebagai tandoori pertama berada pada ketinggian lebih 82,000 kaki (25,000 meter).



Penulis novel dan juga pereka grafik, Nikesh Shukla merupakan individu yang bertanggungjawab menjadikan tandoori kambing itu sebagai pelengkap buat promosi buku resipi terbarunya "Meatspace".

Tandoori ini diterbangkan dengan menggunakan belon berisi gas helium. Sebuah kamera dan juga GPS turut diletakkan bersama tandoori tersebut.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com