Brazil terkenal dengan pantai malah amat sinonim dengan kehebatannya dalam arena bola sepak. Terbaru, Pantai Abrico yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Rio de Jeneiro telah menjadikan pantai ini mesra nudist atau mereka yang mengamalkan hidup berbogel.

Maknanya, anda yang berkunjung ke Pantai Abrico boleh mengenakan apa jua jenis pakaian renang malah turut sama berbogel di pantai berkenaan.

Mungkin kerana kedudukannya yang lebih tersorok menjadikan ia amat sesuai untuk dijadikan lokasi untuk pengunjung menikmati rasa seksi.