Man U benam Arsenal untuk kedudukan ke 4 Liga Perdana Inggeris

Manchester United berjaya membenam pasukan Arsenal di Stadium Etihad awal pagi Ahad. Gol sendiri Arsenal pada minit ke 56 oleh Antonio Valencia menerusi Kieran Gibbs menjatuhkan moral Arsenal di tempat sendiri.




5 minit sebelum perlawanan memasuki minit ke 90, Wayne Rooney memantapkan kedudukan Manchester menerusi gol kedua perlawanan. Namun, usaha berterusan Arsenal membuahkan hasil apabila Giroud berjaya membawakan gol saguhati buat Arsenal pada masa kecederaan.

Ini merupakan kemenangan pertama Manchester di tempat lawan yang lantas mengangkat pasukan terbabit di kedudukan ke 4 Liga Perdana Inggeris dengan 19 mata.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com