Seorang wanita di Colombia memberikan nasihat paling bodoh kepada anak perempuannya yang berusia 22 tahun untuk mengelak daripada mengandung, iaitu dengan memasukkan kentang dalam alat sulitnya.

Namun teknik yang digunakan wanita itu nyata membawa padah apabila kentang itu tumbuh akar dalam alat sulit gadis itu.

Kejadian itu disedari oleh gadis tersebut selepas dia menemui doktor kerana mengalami kesakitan di bahagian perut dan kemudiannya dimasukkan ke sebuah hospital di bandar Honda.