Padang bolasepak tertutup untuk JDT

Persatuan Bolasepak Johor akan meneruskan gerak langkah baru dalam usaha membangunkan bolasepak di negeri berkenaan. Melalui penjenamaan pasukan Johor Darul Takzim menjadi JDT, satu mercu tanda baru bakal dibina yang akan terus menjadi bualan hangat peminat bolasepak Malaysia.




Terbaru, menerusi kemaskini di laman rasmi FB Johor Southern Tiger, satu stadium padang tiruan tertutup bakal dibina berdekatan dengan Dataran Bandaraya Johor. Stadium bersaiz sebenar yang memenuhi spesifikasi yang ditetapkan FIFA ini turut menempatkan sebuah Pusat Perubatan khas untuk atlet di sana.



Projek yang dijangka siap menjelang Disember 2015 ini bakal menambah cemburu peminat pasukan lain ke atas JDT memandangkan inisiatif ini mampu mengangkat kedudukan pasukan ini dalam usaha memodenkan pengurusan bolasepak di Malaysia. Malaysia Boleh!


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com