Pencemaran Industri wujudkan Tasik Agar-Agar di Kanada.

Sebuah tasik di Kanada secara perlahan-lahan kini bertukar menjadi 'tasik agar-agar' selepas terkesan akibat pencemaran industri yang dilepaskan di sana. Organisma yang berupa seperti agar-agar ini terus mendominasi ekosistem tasik terbabit.




Organisma yang digelar sebagai 'Holopedium' dari keluarga plankton Daphnia ini begitu dominan selepas beberapa siri hujan asid menyirami sekitar tasik terbabit.

Saintis dari Universiti Cambridge mendapati 'agar-agar' itu mula meliputi tasik lantas menyingkirkan kalsium di sekitar kawasan tasik terbabit. Pengindustrian di Hemisfera Utara terus menjadikan lokasi ini terkesan akibat pencemaran industri.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com