Badan Urus Tadbir Sukan Wushu Antarabangsa mengesahkan menggantung atlet negara, Tai Cheau Xuen selama empat bulan selepas keputusan positif doping pada Sukan Asia Incheon.

Cheau Xuen, yang menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam acara nandao dan nanquan all-around wanita merupakan atlet keempat gagal ujian doping pada Sukan Asia Incheon digantung sehingga 20 Mac 2015 selain mengakui sudah memulangkan pingat emas yang diperolehinya.

Persekutuan Wushu negara menjelaskan, mereka dimaklumkan penggantungan itu pada surat yang diterima daripada Badan Urus Tadbir Sukan Wushu Antarabangsa selain menyifatkan kes itu berpunca daripada Sibutramine iaitu sejenis dadah yang boleh mengawal berat badan, dan ia sering terdapat dalam pil diet, produk melangsingkan badan dan minuman tenaga.