Bangkai pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine Julai lalu kini dikumpulkan dan akan dihantar ke Belanda untuk siasatan lanjut.



"Bangkai itu akan diletakkan di salah sebuah markas tentera di Belanda dan siasatan seterusnya akan dijalankan di sana" kata salah seorang petugas kepada agensi berita Reuters.

Bangkai pesawat malang itu tersadai di Ukraine selepas dipercayai ditembak jatuh yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal. Antara punca kesukaran dalam siasatan kes ini, ialah masalah akses ke lokasi kejadian.