Keadaan banjir di Kelantan masih lagi buruk dengan 111,376 mangsa terutama jajahan Kuala Krai masih menunjukkan angka mangsa banjir yang tinggi iaitu 23,169 orang.

Menurut maklumat daripada bilik operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, keadaan itu kerana kebanyakan mangsa masih tidak dapat pulang ke rumah akibat tiada bekalan makanan.

Angka terkini mangsa banjir di beberapa kawasan lain di negeri itu bagaimanapun tidak dapat disahkan setakat ini berikutan masalah komunikasi.