Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Ani Arope, 83, meninggal dunia jam 5.20 pagi ini ketika menjalani rawatan di Sime Darby Ramsay Medical Centre di Subang Jaya selepas dipercayai bertarung melawan kanser prostat sejak dua tahun lalu.

Jenazahnya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Shah Alam dan antara karyanya bertajuk; "Memoirs of Tan Sri Ani Arope", diterbitkan pada 2013.

Beliau berkhidmat sebagai pengerusi eksekutif TNB bermula pada tahun 1990 hingga 1996, sebelum itu beliau pernah berkhidmat untuk Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) dan juga Guthrie Bhd.