Selepas insiden hitam beberapa penyokong Harimau Malaya membelasah penyokong Vietnam semasa perlawanan Piala AFF antara Malaysia dan Myanmar, nampaknya penyokong Vietnam kini membalas dendam dengan menggodam laman web FAM.

Penggodam berkenaan menukar muka depan laman web tersebut dengan ayat bahasa Vietnam yang antaranya bermaksud ‘mereka bermain dengan sangat teruk’ selain ayat bahasa Inggeris berbunyi ‘bad play fans Malaysia’ sehingga menyebabkan laman berkenaan terpaksa ditutup.

Menerusi kenyataan Facebook FAM menjelaskan, laman mereka sememangnya telah diceroboh dan sedang menyelesaikan perkara ini selain memohon maaf kepada penyokong Vietnam ekoran insiden gaduh yang tercetus pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam.