Hanya 27 daripada 680 pencalonan sahaja terpilih untuk menerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 11 Disember ini.

Dua daripada 27 yang berjaya akan menerima darjah dan bintang kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' dan seorang menerima Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang membawa gelaran 'Datuk Setia' sementara bakinya menerima Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) dan Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S), kedua-duanya membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi perempuan.

Semua penerima juga pastinya telah melepasi tiga tapisan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (Keselamatan dan Jenayah), Jabatan Insolvensi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.