Selepas 16 jam insiden tebusan di Sydney berlaku, situasi penuh dramatik itu berakhir sekitar jam 2.10 pagi waktu tempatan selepas kenyataan rasmi dikeluarkan Polis Sydney.


Serbuan Polis Sydney dengan kerjasama askar berjaya menyelesaikan isu yang mula mendapat perhatian dunia.Polis turut mengesahkan bahawa 2 daripada tebusan maut manakala lelaki bersenjata yang terbabit dalam insiden ini telah terbunuh.

Kejadian yang melibatkan lebih 16 tebusan ini berlaku berdekatan dengan Kafe Lindt, Sydney. Kesemua pusat perniagaan berdekatan kawasan terbabit terpaksa ditutup bagi mengawal keadaan.