Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan aktivis politik Ali Abdul Jalil ditahan polis antarabangsa (Interpol) dan akan tiba di Malaysia tengah hari ini seperti tersebar dalam laman sosial Facebook.

Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Brig Jen Fadzlette Othman Merican Idris Merican berkata Polis Diraja Malaysia akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan jika mempunyai apa-apa
maklumat terbaru berhubung perkara itu.

Menerusi catatan dalam akaun Facebook dipercayai milik Ali yang berdepan tuduhan menghasut kerana menghina institusi Raja di negara sebelum ini melarikan diri ke Sweden bagi mendapatkan perlindungan politik menyatakan: “Aku diangkut Interpol … malam ni dibawa pulang ke Malaysia … esok tiba di KLIA dalam jam 12 tgh hari … Never give up”.