Keputusan MUET sesi November 2014 diumum 5 Januari

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) sesi November 2014 akan dikeluarkan pada 5 Januari ini.

Seramai 79,457 calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau di institusi pengajian masing-masing mulai 10 pagi hari tersebut manakala calon persendirian akan memperoleh keputusan mereka melalui pos.
   
Mereka juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET<jarak>RESULT<jarak><No.Kad Pengenalan dan menghantarnya ke 15888 atau melayari portal MPM http://mpm.edu.my mulai 10 pagi pada hari tersebut.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com